The Sweetest Thing
Sunday, April 17, 2005
Hi,
Actually, I have lots to say about my Spring Carnival but I guess I'll keep it for some other time. I read this article in Utusan Malaysia about this woman sacrificing her life for her daughter's. Read on...
``Abang lepaskan tangan saya, selamatkan anak kita''
Oleh BORHAN ABU SAMAH
BETONG 16 April - ``Abang lepaskan tangan saya dan selamatkan anak kita,'' itulah kata-kata terakhir Elina Othman, 21, yang terkorban dalam tragedi bot pukat tunda karam di Beladin, dekat sini, semalam, kepada suaminya. Sesungguhnya pilihan itu amat berat sekali ditanggung oleh Nur Jali Morsidi, 24. Namun itulah qadak dan qadar yang telah pun ditentukan oleh Allah s.w.t. Elina berkorban nyawa semata-mata untuk memastikan suaminya dan anak tunggal mereka, Nurul Safina, 7 bulan, terselamat dalam nahas itu. Kata-kata terakhir itu masih terngiang-ngiang di telinga Nur Jali walaupun dia redha dengan pemergian Elina setelah mendirikan rumah tangga selama dua tahun bersama isteri tercinta. Nur Jali ketika ditemui di rumahnya di Beladin memberitahu, kejadian itu berlaku sekelip mata dan dia, isteri serta anaknya telah tercampak ke dalam sungai. ``Saya memegang anak saya di tangan kanan saya, manakala isteri saya di tangan kiri untuk menyelamatkan mereka. ``Pada masa itu isteri dan anak saya dalam keadaan lemah akibat beberapa kali lemas dan saya sendiri sukar untuk berenang kerana memegang mereka berdua,'' katanya. Kata Nur Jali, dalam kekalutan itu isterinya meminta dia melepaskan tangannya demi memastikan dia dapat menyelamatkan anak mereka. ``Saya tidak mempunyai pilihan lain, kerana isteri saya tidak pandai berenang dan terpaksa melepaskannya dengan hati yang berat,'' katanya. Nur Jali berkata, dengan memegang anaknya dia terus berenang ke tebing dan berharap akan sempat kembali menyelamatkan isterinya. ``Apabila tiba di tebing anak saya tidak bergerak lagi, saya sangkakan dia telah meninggal dunia, manakala isteri saya telah hilang,'' katanya. Menurut beliau, anaknya kini dirawat di Hospital Betong dan jenazah isterinya yang ditemui pada kira-kira pukul 7 pagi ini selamat dikebumikan. Menceritakan perubahan sikap isterinya, kata Nur Jali, sehari sebelum mereka bertolak ke Kuching iaitu pada 11 April lalu isterinya berkali-kali memohon maaf. ``Dia juga meminta saya tidak melepaskan tangannya ketika tidur, tetapi saya tidak menyangka terpaksa melepaskan tangannya di saat kami terpaksa berpisah selama-lamanya,'' katanya.
-Utusan Malaysia
:'(
This woman must've been a very loyal person to God and her husband because she had been given a chance to apologize for her sins and died as a syahid.
The fact that she asked her husband not to let go of her hand in bed because she'll ask him to let go of her hand some time later, is the sweetest thing. Although it will be hard for her husband to live without her, but life goes on.
This is Qadak n Qadar. No matter how bad life is for us, always think that there are people with worse fate. I should be thankful for what I have and accord to everything that happened to me.
What a sad entry. I'll write about the carnival soon. Take care y'all.